Saturday, 17 March 2012

Kumpulan Pencinta Muzik Tradisional

KPMT

KPMT merupakan kumpulan seni tari dan kumpulan Gong Kg Keliangau dibawah nauangan saya.Ditubuhkan pada awal 2010 setelah mereka tamat mempelajari teknik paluan Gong dibawah didikan saudara chtisthoper B Bubud.
Dengan bakat yang sedia ada,mereka telah mencipta trak Tarian Satu malaysia dan moden(Whine Up''Kat Deluna) bimbingan puan marinda.
Pencapaian mereka,pernah diundang beberapa kali membuat persembahan Resmi (berbayar dan amal).
     - pernah menjuarai pertandingan gong
     - pernah mendapat tempat kedua pertantingan gong di Holi Family Telipok.

Video ini mempaparkan Kenangan KPMT 2010.

Monday, 12 March 2012

Biodata saya,
Saya di lahirkan pada 12 hb 10 1972,di sebuah kampung terpencil yang di beri nama Kampung Suang Parai,yang kini tapak UMS.Ibu saya berasal dari Tengilan,Bapa saya pula dari kampung Tiong.saya mula berminat menyanyi pada usia saya barumur 10 tahun dan mula merakamkan lagu ciptaan saya pada tahun awal 90an di RTM.karya  saya yang pertama ialah TANAK KETUA KAMPUNG.namun tidak begitu diminati pada musim itu.Lalu saya meneruskan lagi dengan lagu yang berentak perlahan iaitu lagu NUNG KARATI KOH,Lagu ini membakar semangat saya apa bila mendapat sambutan di seluruh pelusuk SABAH,dan pernah bertahan lama didalam carta lagu-lagu dusun di RTM dalam siaran dusun pada tahun 93.dorongan dan sokongan peminat telah banyak membantu saya meneruskan karya saya dalam bidang nyanyian dan pada awal tahun 2000 saya merakamkan lagi sebuah album yang bertajuk IKA ID GINAWO KU,hasil sentuhan iringan muzik Peter Blasius album ini mendapat sambutan peminat yang mengalakan.buat pengetahuan semua peminat kesemua lagu lagu saya hasil ciptaan saya sendiri melaluai pengalaman hidup saya.ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada semua peminat kerana kalau bukan kamu siapalah saya sebagai seorang penghibur.Terima kasih juga kerana melawati Blog saya...kounsikou...
Lagu pertama saya dalam album pertama keluaran sabah Record..Sudilah mendengar dan menghayati lagu ini..semoga terhibur.
lagu ini menceritakan kisah yang pernah terjadi dalam hidup ku,dan kini hanya tinggal kenangan..megajammu